Friday, April 10, 2009

Perjalanan hidupku (1)

Terlebih dahulu aku nak say sorry coz dah lamer aku x update blog ak nih..
ak teramat2 bz..dengan assigment dan skang nie pun dah dekat final..so, ak terpaksa tumpukan perhatian pada pelajaran aku..Aku baru lepas edit assign aku..aku pun bosan nie yang aku luangkan maser sekejap..
Untuk episod kali nie..
aku nak kongsi ngan korang tentang kisah perjalanan hidup aku mser aku kecik2 dulu..sampaila skang..
Zaman kecik aku..banyak kenangan pahit dan manis..ader yang masih aku igt dan ader yang aku dah luper..tapi aper yang masih segar dalam ingatan aku nie..mser tue aku baru berumur setahun enam bulan..mummy aku telah kembali ke rahmatullah..aku masih igt lagi..mser tue..aku tgh bermain dengan kembar aku..kemudian aku terdengar pintu gate dibuka..dengan gembira aku dan kakakku berlari ke arah mummy..tapi..belum sempat aku peluk dia..tiba2 dia rebah di hadapan aku dan kakakku..aku terpaku..dan aku xigt lagi aper yang berlaku..aper yang aku igt ambulans dtg bawak mummy aku pergi..selepas itu, aku dah xigt ape2 dah..tapi daddy aku ader cerita maser kecik aku ader bertanya......
"daddy..kenapa dengan mumy?"...
"adik...kakak...mummy tido tau..mummy nak rehat...cian mummy.."
sejak ari tu..bila ader yang bertanya pada aku dan kakakku rindu kat mummy tak..aku dan kakakku mesti jawab..rindu..mummy ader..dier tido..sampai la satu ketika aku sudah mula mengerti yang setiap manusia di dunia ini pasti akan kembali kepadaNya..
tidak lama selepas tue..daddy aku mengalami masalah untuk menjaga kami yang masih kecil..kakak dan abg2ku masih bersekolah jadi aku telah dipisahkan dengan kembarku..namun, aku bersyukur kerana kami telah disatukan kembali atas nasihat keluarga angkat aku yang menjaga aku buat sementara. tidak lama kemudian ayah aku mengambil keputusan untuk berkahwin lain...di sinilah bermulanya kisah pahit dalam hidupku..walaupun aku gembira dengan kehadiran ibu baru kerana dialah yang menjaga aku dan membesarkan aku tetapi aku kehilangan abang2ku..keluarga ku berpecah..abang2ku melarikan diri kerana tidak dapat menerima ibu tiri..hanya kakak aku yang berjaya di pujuk supaya dapat menerima hakikat itu..
setelah 10tahun abang2ku melarikan diri..daddyku tergerak hati untuk mencari abang2ku kembali...aku rindu sangat pada abg2ku..tuhan sajer yang tau..namun, kami tidak lagi mesra seperti dulu..
setelah umur aku menjangkau 13tahun..aku sedih kerana keluarga aku akan berpindah ke ipoh tinggal bersama nenekku kerana ayahku dah pencen..dan ayahku ingin tinggal di kampung sebelah ibu tiriku..tetapi ader satu peristiwa yang aku masih igt lagi..sebelum berangkat ke ipoh..ayah aku ada bergurau dengan ibu tiri ku....
"kalau abang mati..abang nak dikebumikan di London.." ayah aku berseloroh dengan mummy ............................................
Bersambung....